Info

Speed Power Taekwondo (WTF) adalah sebuah Badan Sukan Taekwondo yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (SCM) pada 20hb Julai 2005 dengan nombor pendaftaran 1525/2005.  Pertubuhan ini juga bergabung dengan Taekwondo Malaysia (TM) yang bertanggungjawab bagi pembangunan Sukan Taekwondo di Negara ini dengan nombor pendaftaran 12/24. Pada 26hb Mei 2006, YB Dato’ Zulhasnan Rafique selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa telah bersetuju untuk menjadi Penaung Speed Power Taekwondo (WTF). Sejak penubuhannya, Pertubuhan ini bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan taekwondo dan telah berkembang dengan pesat sehingga kini dan telah membuka pusat latihan di hampir seluruh negeri di Malaysia. Speed Power Taekwondo (WTF) mempunyai status yang berprofil tinggi dalam bidang kejurulatihan taekwondo dan menjadi pilihan utama kelab taekwondo di sekolah-sekolah.

Pada Bulan Julai 2011, Speed Power Taekwondo (WTF) telah membuka 2 pusat latihannya yang pertama di sabah iaitu di Tagas, Kota Marudu, Sabah dan seterusnya di Talantang 1, Kota Marudu, Sabah sebulan kemudian. Pada awal tahun 2012, Sebuah lagi pusat latihan akan dibuka di Daerah Kudat, Sabah iaitu di SMK Matunggong Kudat, Sabah. Kesemua pusat latihan yang yang terletak di Daerah Kudat dan Kota Marudu ini dikenali sebagai Speed Power Taekwondo Marudu.
Objektif utama Speed Power Taekwondo (WTF) adalah:
1.      Mengembangkan Taekwondo sebagai salah satu acara sukan yang dapat mengharumkan nama Malaysia.
2.      Memupuk cara hidup sihat dan menyedarkan masyarakat tentang nilai-nilai senaman untuk kesihatan.
3.      Manganjurkan latihan seni tempur (self defense) sebagai asas keselamatan diri.
4.      Memupuk kekuatan rohani seiring dengan kekuatan jasmani sebagai 2 elemen penting dan harus berjalan seiringan untuk membolehkan seseorang ahli dapat menguasai Seni Mempertahankan Diri Taekwondo.

Kaedah pembelajaran terdiri daripada 2 bahagian iaitu teori dan praktikal. Pada teorinya, ahli-ahlinya diajar falsafah taekwondo dan cara mendisiplinkan minda. Ini akan disertai dengan pemupukan disiplin taekwondo seperti keyakinan Diri, Fokus, Kesabaran, Kecekalan, Bersemangat dan kepimpinan diri. Praktikalnya merangkumi latihan regangan dan seni pergerakan sukan taekwondo dan seni tempur.
Taekwondo adalah satu bidang yang memenuhi keperluan katagori Sukan, Kesihatan Diri, Seni Mempertahankan Diri, dan Etika hidup. Taekwondo merupakan salah satu aktiviti dalam ko-kurikulum sekolah-sekolah Malaysia dan salah satu acara sukan dalam Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Ia juga merupakan salah satu sukan yang diterima sebagai acara rasmi di dalam Sukan SUKMA, Sukan SEA, Sukan ASIA dan Sukan OLIMPIK. Setiap ahli yang berbakat akan dilatih untuk menyertai pertandingan taekwondo sehingga ke peringkat tertinggi.
Pengamalan Taekwondo mampu memberikan kesan yang sangat baik pada kesihatan jasmani. Selain taekwondo adalah salah satu akitiviti yang memberi cabaran yang aktif dan positif, latihan taekwondo juga membantu untuk membina struktur badan yang lebih sihat dan kuat. Sistem pencernaan akan menjadi lebih cekap dan system kardio vascular akan bertambah lebih kuat. Ia membantu perkembangan sel-sel otak dan ini akan membentuk kecerdasan dan kepekaan yang tinggi.
Seni Mempertahankan Diri Taekwondo sangat sesuai digunakan untuk mempertahankan diri pada masa-masa kecemasan. Sehubungan dengan kadar peningkatan kes-kes jenayah yang membimbangkan, masyarakat kini digalakkan untuk mempelajari seni mempertahankan diri terutamanya pelajar-pelajar yang menjadi sasaran utama penjenayah. oleh itu, taekwondo adalah dicadangkan kepada mereka sebagai asas keselamatan diri di samping sebagai aktiviti yang positif bagi mengisi masa lapang mereka.
Taekwondo adalah sebuah seni yang bukan sahaja menitikberatkan pengawalan pergerakan badan tetapi juga pengawalan mental. Seseorang ahli taekwondo diajar untuk mengamalkan etika yang memenuhi asas keperluan yang semua manusia harus ikut dan mematuhi dasar di mana berdirinya asas kemanusiaan. Etika yang sempurna berlatarbelakangkan disiplin yang kuat. Penampilan diri, pengawalan minda dan sikap diri ialah salah satu rangkuman bagi keutamaan di dalam Etika Latihan Taekwondo.
Speed Power Taekwondo (WTF) menawarkan Khidmat Kejurulatihan Taekwondo kepada semua lapisan masyarakat dan semua peringkat umur. Kami telah mempunyai ahli di seluruh Malaysia. Jika anda mempunyai matlamat yang sama seperti matlamat kami di atas untuk anda atau keluarga anda, kami bersedia untuk membantu anda dan kami mengundang anda untuk menyertai kami di Speed Power Taekwondo WTF.