Tuesday, 17 January 2012

Speed Power Taekwondo (WTF) adalah sebuah Badan Sukan Taekwondo yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 20hb Julai 2005 dengan nombor pendaftaran 1525/2005  dan bergabung Taekwondo Malaysia yang bertanggungjawab bagi pembangunan Sukan Taekwondo di Negara ini. Pada 26hb Mei 2006, YB Dato’ Zulhasnan Rafique selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa telah bersetuju untuk menjadi Penaung Speed Power Taekwondo (WTF). Sejak penubuhannya, Pertubuhan ini bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan taekwondo dan telah berkembang dengan pesat sehingga kini dan telah membuka pusat latihan di hampir seluruh negeri di Malaysia. Speed Power Taekwondo (WTF) mempunyai status yang berprofil tinggi dalam bidang kejurulatihan Taekwondo dan menjadi pilihan utama taekwondo di sekolah-sekolah.

Sejak Julai 2011, Speed Power Taekwondo (WTF) telah membuka 2 pusat latihannya di Tagas, Kota Marudu, Sabah dan seterusnya di Talantang, Kota Marudu, Sabah sebulan kemudian. Pada awal tahun 2012, Sebuah lagi pusat latihan telah dibuka di Daerah Kudat, Sabah iaitu SMK Matunggong Kudat Sabah. Kesemua pusat latihan yang yang terletak di negeri Sabah ini dikenali sebagai Speed Power Taekwondo Sabah.
Untuk maklumat lanjut sila lawati pusat latihan kami atau anda boleh juga menghubungi kami di;
Sir Fredly Bin Batahong
Lot 4, Block G, Ground Floor, Pekan Sikuati.
WDT 126, 89059 Kudat, Sabah.
Tel:  088 – 612686
No H/P:  019 807 2193

Aksi dari PL Tagas

Aksi dari PL Talantang

Bergambar Kenangan Selepas Upgrading
[14 November 2011]