Speed Power Taekwondo (WTF) adalah
sebuah Badan Sukan Taekwondo yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia
pada 20hb Julai 2005 dengan nombor pendaftaran 1525/2005 dan bergabung Taekwondo Malaysia yang
bertanggungjawab bagi pembangunan Sukan Taekwondo di Negara ini. Pada 26hb Mei
2006, YB Dato’ Zulhasnan Rafique selaku
Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa telah
bersetuju untuk menjadi Penaung Speed Power Taekwondo (WTF). Sejak
penubuhannya, Pertubuhan ini bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang
berkaitan dengan taekwondo dan telah berkembang dengan pesat sehingga kini dan telah
membuka pusat latihan di hampir seluruh negeri di Malaysia. Speed Power
Taekwondo (WTF) mempunyai status yang berprofil tinggi dalam bidang
kejurulatihan Taekwondo dan menjadi pilihan utama taekwondo di sekolah-sekolah.
Sejak Julai 2011, Speed Power
Taekwondo (WTF) telah membuka 2 pusat latihannya di Tagas, Kota Marudu, Sabah
dan seterusnya di Talantang, Kota Marudu, Sabah sebulan kemudian. Pada awal
tahun 2012, Sebuah lagi pusat latihan telah dibuka di Daerah Kudat, Sabah iaitu
SMK Matunggong Kudat Sabah. Kesemua pusat latihan yang yang terletak di negeri Sabah ini dikenali sebagai Speed
Power Taekwondo Sabah.
Untuk maklumat lanjut sila lawati
pusat latihan kami atau anda boleh juga menghubungi kami di;
Sir Fredly Bin Batahong
Lot 4,
Block G, Ground Floor, Pekan Sikuati.
WDT 126,
89059 Kudat, Sabah.
Tel:
088 – 612686
No
H/P: 019 807 2193
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifnQ9bSTtpUgwGZtjQPOc5S7HtnLVAHaAAdz9FK74Y1vvM1MxxHFlx7WIKg42HkQ9fUyxfC-pjb5bKYRlbQuV3Ml9g6ZNXch6v2ppD17OLJlH3BR83Ow5Ln8ywg35LBC_Eo5psJwTLgto/s320/Image0058.jpg) |
Aksi dari PL Tagas |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdz4eRpB78y-wyahRixCUfgECqeJwIglSorid2xhmcmuxFwa2oXw-cUU-mWpuaNKwoyqicc4fa3drncsvAr0TRVLY4D9qZhiqrK_at7g0RqvZlhLftfgJF_qDfQeSMAGvdazaKCWJdMV0/s320/Image0055.jpg) |
Aksi dari PL Talantang |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZD5K5b66jAurmdBe96_XLOH1kqHlflK0TBHKubyHpAYAM8BpDnUO8OT8aKKtO3TFUW7N7w8GLIeOeDTo89p-Z5fA_KE0mTKn3c2XEFuzd6fZuLUnjBr2APTo-khUwO-9Nbqet2kNDUhU/s320/Upgrading+Talantang+3.jpg) |
Bergambar Kenangan Selepas Upgrading
[14 November 2011] |